SM18 - Sains Senaman dan Sukan (Exercise and Sports Science)
Hari nie saya nak bercakap tentang kursus baru yang baru diperkenalkan di Malaysia kira-kira 3-5 tahun yang lepas #rasenyelah
#1 - Apa itu Sains Senaman dan Sukan (Exercise and Sports Science) ?
Mesti ramai yang tertanya-tanya apa program nie... hmmm.. saya akan cuba terangkan seterang2 sinar lampu pendaflour... hehe
Saya ambil "Ijazah Sarjana Muda Sains Senaman dan Sukan" berkod SM18 di Universiti Sains Malaysia, Kelantan. Ya, KELANTAN... USM memang ade 3 kampus (kampus kesihatan di kelantan, kampus induk dan kejuruteraan ada di penang) mengikut kursus yang telah dikelaskan... Terdapat 3 jenis fakulti di kampus kesihatan kelantan iaitu fakulti sains perubatan, fakulti sains pergigian dan fakulti sains kesihatan.
Well, "PROGRAM SAINS SENAMAN DAN SUKAN" merupakan program sains kesihatan dibawah fakulti sains kesihatan bersama dengan satu program sains forensik dan 8 program sains kesihatan yang lain seperti bioperubatan, pemakanan, dietitian, audiologi, patologi pertuturan, sinaran perubatan, kejururawatan dan kesihatan pekerjaan dan persekitaran.
FAKULTI SAINS PERGIGIAN |
FAKULTI SAINS PERUBATAN |
FAKULTI SAINS KESIHATAN |
#2 - Macam mana nak masuk program ini?
Mesti korang tertanya macam mana nak masuk program ijazah muda sains senaman dan sukan kat UNIVERSITI SAINS MALAYSIA kan? kan kan? jap jap, aq check dh pukul berapa dah nie... OPOCOT, dah pukul 5:52 pagi KAU, azan dah berkumandang, so i nak selesaikan taggungjawab i dulu k... 10 minit je.. then kita sambung potpet eh...
Weh, tiba-tiba perut aq rase macam nak makan, jap eh... sekejaaappp je... Sedapnye ayam tadi, macam ayam kfc tapi bukan ayam kfc..faham tak? kalau faham kita teruskan, kalau tak.. hurmmm (LANTAK KO LA, MALAS AQ NAK LAYAN) *flip hair.. eh, lari tajuk pula...
JOM START POTPET uollsss, terdapat 5 saluran yang boleh membantu anda untuk masuk apa - apa kursus di USM ini. Pertama, saluran PERDANA, kedua saluran ALTERNATIF, ketiga saluran PROGRAM PENGAJIAN JARAK JAUH (PPJJ), keempat saluran DIPLOMA KEJURURAWATAN, dan kelima saluran INTERNATIONAL (hambek kau). Semua permohonan dilakukan dengan secara atas talian sahaja (online), tiada agen yang mengaku bekerja dibawah usm yang menguruskan tentang pendaftaran nie, TIADA LANGSUNG, berhati-hati k...
BUKA PORTAL LAMAN POHON.USM.MY [TEKAN UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN]
Untuk PROGRAM SAINS SENAMAN DAN SUKAN, cuma 2 saluran sahaja iaitu saluran ;
1) PERDANA
Saluran ini merupakan saluran yang diambil oleh pihak USM daripada pelajar yang sebelumnya seperti pelajar LEPASAN STPM, MATRIKULASI, ASASI, DIPLOMA dan SETARAF dengannya.
Antara SYARAT-SYARAT AM
Antara SYARAT - SYARAT KHAS (perlu dipertimbangkan jugak)
Saluran ini membawa kepada Program Pendidikan Sepanjang Hayat dimana dapat meningkatkan kualiti pendidikan negara kita dan mereka dibawah kategori WARGA SUKAN. Saluran ini membuka peluang kepada mereka yang ingin terus menimba ilmu dan merealisasikan impian dan cita-cita mereka untuk memegang segulung ijazah.
Antara Syarat AM
KURSUS TERAS (BERKOD T)
80 jam kredit / unit untuk 4 tahun
kursus ni memang WAJIB diambil oleh semua pelajar ijazah muda sains senaman dan sukan
so get ready je la !!!
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[TAHUN 1]80 jam kredit / unit untuk 4 tahun
kursus ni memang WAJIB diambil oleh semua pelajar ijazah muda sains senaman dan sukan
so get ready je la !!!
SENARAI KURSUS TERAS YANG WAJIB DIAMBIL UNTUK 4 TAHUN |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
GTU 101 & GTU 104 - STRUKTUR DAN FUNGSI MANUSIA I DAN II
- (membincangkan aspek asas anatomi termasuk terminologi berkaitan struktur sel, tisu utama, sistem organ manusia daripada perspektif makro dan mikro)
GTU 103 - ASAS KESIHATAN INFORMATIK
- (pengenalan kepada konsep dan aplikasi teknologi informasi dan komunikasi (ICT) dalam bidang sains kesihatan)
GTU 106 - BIOKIMIA DAN GENETIK ASAS
- (membincangkan struktur dan fungsi organel selular)
- (fokus pada ciri, sintesis dan metabolisma biomolekular termasuk karbohidrat, asid nukleik, lemak, protein, vitamin dan juga ciri dan peranan enzim dalam regulasi metabolisma)
GTS 101 - PENGENALAN KEPADA SAINS SENAMAN DAN SUKAN
- (pengenalan ilmu awam dalam bidang sains senaman dan sukan)
- (pengenalan kepada aplikasi sains senaman dan sukan dalam membantu atlet dan prestasi kesihatan dan kecergasan seseorang)
GTU 105 - SAINS TINGKAHLAKU DAN PSIKOLOGI
- (pengenalan kepada ilmu asas teori dan prinsip psikologi)
GTS 102 - FALSAFAH DAN SOSIOLOGI SUKAN
- (fokus kepada asas sosiologi dan konsep falsafah berkaitan sukan)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[TAHUN 2]GTS 201 - FISIOLOGI SENAMAN
- (pengenalan kepada tindakbalas fisiologi dalam senaman dan sukan)
GTS 205 - PSIKOLOGI SUKAN
- (menekankan kepentingan emosi, kognitif dan proses - proses sosial dalam memahami tingkahlaku sukan)
GTS 206 - KAEDAH LATIHAN SUKAN
- (pengenalan kepada prinsip struktur latihan berdasarkan method saintifik)
GTN 207 - PRINSIP - PRINSIP NUTRISI
- (fokus kepada kepentingan nutrisi yang diperlukan dan nutrisi optimum untuk proses pembesaran dan perkembangan manusia)
GTS 208 - KINANTHROPOMETRI, UJIAN DAN PENGUKURAN UNTUK SAINS SUKAN
- (pengenalan kepada konsep kinanthropometri untuk pemeriksaan fizikal dalam kalangan atlet)
- (pengenalan kepada kepentingan ujian dan pengukuran dalam mengetahui tahap kecergasan seseorang)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[TAHUN 3]GTS 312 - KECEDERAAN SUKAN DAN REHABILITASI
- (lebih pada pengenalan jenis dan mekanisma kecederaan dalam sukan dan penggunaan prinsip rehabilitasi dalam merawat kecederaan)
GTS 313 - BIOMEKANIK SUKAN DAN KINESIOLOGI
- (lebih memfokuskan perkembangan dalam menganalisis pergerakan manusia dari aspek struktur dan fungsi dan pada masa yang sama menggunakan prinsip mekanikal yang terlibat dengan pergerakan manusia)
GTS 314 - PEMBELAJARAN MOTOR
- (fokus pada proses dan mekanisma pembelajaran motor dalam sukan)
GTS 305 - PENGGUNAAN FISIOLOGI SUKAN
- (fokus pada perubahan fisiologi terhadap sekitar, umur, dan cara latihan dan juga mengupas isu-isu berkaitan prestasi sukan)
GTS 311 - NUTRISI SUKAN
- (fokus kepada ilmu tentang keperluan nutrisi kepada orang sukan)
GTS 315 - SAINS MELATIH DAN ANALISIS PRESTASI
- (fokus kepada informasi sains sukan terhadap jurulatih)
GTS 316 - AKTIVITI FIZIKAL DIADAPTASI
- (mempelajari pelbagai jenis kecacatan yang akan memberi kesan kepada fizikal dan prestasi motor dan pada yang sama fizikal adaptasi diberikan kepada kumpulan yang istimewa)
GTS 317 - PENGURUSAN SUKAN
- (menjelajah asas, hierarki organisasi sukan dan peranan mereka dalam perkembangan sukan)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[TAHUN 4]GTS 401 - MENGUJI KECERGASAN DAN SENAMAN
- (pengenalan kepada kaedah dalam memberi preskripsi senaman untuk setiap komponen kesihatan dan kecergasan)
GTS 409 - PROJEK PENYELIDIKAN
- (pelajar akan melibatkan diri dalam penyelidikan yang diselia dibawah bimbingan seorang ahli fakulti)
GTS 410 - ISU - ISU KONTEMPORARI DALAM AMALAN SAINS SUKAN
- (pengenalan kepada bab isu terkini terhadap pembelajaran sains senaman dan sukan berdasarkan perspektif tempatan dan dunia)
GTS 411 - LATIHAN INDUSTRI
- (Latihan jangka pendek yangn melibatkan ilmu asas sains kesihatan dan penglibatan dalam aktiviti sosial dan servis komuniti)
- (sebelum nie dibuat di tahun tiga tapi dah ditukar ke tahun 4 bermula tahun 2014)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KURSUS ELEKTIF (BERKOD E) - KURSUS PILIHAN
39 jam kredit / unit untuk 4 tahun
39 jam kredit / unit untuk 4 tahun
walaupun pilihan tapi WAJIB PILIH sebab nak cukupkan unit pengijazahan #pilihlah nak mana
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KURSUS UNIVERSITI (BERKOD U) - KURSUS WAJIB DAN PILIHAN
21 jam kredit / unit untuk 4 tahun
21 jam kredit / unit untuk 4 tahun
yang WAJIBnya seperti TITAS & ETNIK, BAHASA INGGERIS & BAHASA MELAYU
yang PILIHANnya adalah kursus bahasa dan kokurikulum
#pilihlah mana - mana asalkan penuh jam kredit 22 unit tu ... hihi
#4 - PETA Kampus Kesihatan
#5 - Kemudahan & Lain-lain
Hmmm, apa lagi ek?
Owh, ye... Kat sini kita ada dua buah makmal sains sukan ( satu di pusat pengajian dan satu lagi di unit hospital) amacam? best x? hehe... Tpi kebanyakkan belajar di dewan kuliah ja... nak praktikal baru guna makmal tuh... mehhh
PETA yang menunjukkan bangunan-bangunan penting dalam kampus kesihatan USM |
PETUNJUK :
DN - DESASISWA NURANI
DM - DESASISWA MURNI
HUSM - HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
BHEPA - BAHAGIAN HAL EHWAL PEMBANGUNAN PELAJAR & ALUMNI
DK - DEWAN KULIAH
UKAST / AVA - UNIT AUDIO VISUAL AIDS
PPKT - PUSAT PENGETAHUAN KOMUNIKASI & TEKNOLOGI
PPKT - PUSAT PENGETAHUAN KOMUNIKASI & TEKNOLOGI
#5 - Kemudahan & Lain-lain
Hmmm, apa lagi ek?
Owh, ye... Kat sini kita ada dua buah makmal sains sukan ( satu di pusat pengajian dan satu lagi di unit hospital) amacam? best x? hehe... Tpi kebanyakkan belajar di dewan kuliah ja... nak praktikal baru guna makmal tuh... mehhh
Dari segi kemudahan pulak, kat sini memang serba lengkaplah... ade kereta sewa, teksi, MYDIN (WOW), WATSON (WOWWER), TESCO (LAGI WOWWER), kedai makan (berlambak-lambak), servis pengangkutan bas (depan USM je nak beli tiket), Secret Resepi, KFC dan manyak lagi oii... Sememangnya dekat-dekat belaka... Bersyukurlah korang dapat USM sini tau...
Korang tahu tak yang USM nie merupakan universiti bebas tembakau yang pertama di Malaysia ? So, kalau korang dapat masuk sini, jangan nak gatal-gatal garu mulut tu nak isi batang rokok ... Kalau korang hisap rokok jugak, huh, TAK NAK TENGOK MUKA KAU !!! *flip hair to cover face ... Minta Maaf la ye kalo admin tegas sangat, yela kan sebab USM Kelantan Kampus Kesihatan so pandai-pandailah ye fikir sendiri, kita dah besar ... Sayang Korang, Uweekkk... Abaikan apa yang berlaku start dari ayat " Saya*g Ko*ang ... ", boleh cuba lupakan dari sekarang k, so kita 0-0...
Jikalau ada kalangan kita yang kerap mengalami sakit, ANDA JANGAN RISAU, HUSM akan tanggung untuk kos ubat dan pemeriksaan... So percuma la untuk sakit-sakit biasa... Thanks to USM..
Jika anda ada masalah dengan barangan elektronik seperti laptop (windows tak berfungsi, tak boleh connect dengan WIFI, dan lain2), boleh pergi ke pusat PPKT (rujuk peta) untuk mendapatkan bantuan ataupun sumber lain adalah pada page TitaniumUSMKK, yang dikendalikan oleh pelajar USM yang berkemahiran dalam bab-bab format Windows (pilih nak Windows 7, 8.1 MAHU PON 10) dan pemasangan Microsoft Office Profesional Plus. Senang citer.. hihi.. tapi kalo nak upgrade RAM ke, MOTHERBOARDS ke, LCD skrin ke, tu pi buat kat luar ye... hihi
Bercakap pasal teknologi-teknologi kan, USM memang sediakan WIFI untuk pelajar... Kelajuan (speed) dia, mak aiihhh.. memang laju giler ar... saya tak tipuu.. memang benar laju sangat... sebab tu kalau korang dapat masuk USM, memang best la.. semuanya serba lengkap...
Kampus kesihatan cuma ade dua desasiswa (hostel/asrama) sahaja (MURNI Dan NURANI)... ade jugak kedai-kedai runcit (atau dikenali sebagai kedai CHEDIN) yg jual roti, minuman segera dan alatan keperluan... Kafe pun ade setiap desasiswa dan lain-lain kemudahan (padang, dewan utama dan maca-macam)... Memang dekat sangat-sangat... So korang jangan risau deh, kadar survival rate memang melebihi paras tinggi, tak tau nak cakap macam mana... kihkihhihkhih
Korang joinlah jugak program yang dilaksanakan oleh pelajar-pelajar USMkk dengan kerjasama BHEPA ke, Persatuan ke macam Persatuan Sains Forensik, Sekretariat ke macam sekretariat Mentor Rakan SISWA, sekretariat EOSH, sekretariat Debat & Pidato dan sekretariat Sukarelawan ataupun kerjasama dengan Gerakan Pengguna Siswa (GPS). Program ini memang dapat membantu korang untuk mendapatkan merit supaya dapat stay dalam hostel asrama USM tau.. Kalo sewa rumah kat luar, memang mahal sangat-sangat-sangat (tak nak ulang dah "sangat" tu, korang faham-faham sendirilah ye)... USM memang BEST !!! Saya Sayang USM, anda bagaimana ?
JOM KITA TENGOK GAMBAR - GAMBAR USM KELANTAN JAP
JABATAN FISIOLOGI |
UNIT SAINS SUKAN (BUKAN MAKMAL SAINS SUKAN YE) |
KAWASAN SEBELAH PERPUSTAKAAN |
LALUAN BERBUMBUNG |
ROUNDABOUT DALAM KAMPUS |
BAHAGIAN PENDAFTARAN KLINIK |
KOLEJ KEJURURAWATAN |
BANGUNAN KECEMASAN HUSM |
JALAN SEBELAH KOMPLEKS PENTADBIRAN |
JALAN SEBELAH KOMPLEKS SUKAN 2 |
JALAN SEBELAH DEWAN UTAMA |
JALAN SEBELAH PUSAT MAHASISWA (PUMA) |
PERPUSTAKAAN HAMDAN TAHIR |
PERPUSTAKAAN HAMDAN TAHIR (TINGKAT ATAS) |
MASJID SULTAN ISMAIL PETRA |
whatsapp/mesej/call di +60136273430 (SharilUthman)...
facebook : http://www.facebook.com/sharil4g
Bagi yang dah dapat tawaran program ini, Saya ucapkan TAHNIAH !!! ANDA MAMPU MENDAPATNYA (sebut macam kat iklan keselamatan tali pinggang dalam TV tu)...
SEBELUM TU, SAYA NAK MEMOHON MAAF LA YE JIKA ADA BANYAK PERKATAAN YANG TERKASAR, TERGURAU, TERMARAH DAN MACAM-MACAM TERRRR lah... GITU.. K.. FINE.... EH2, SAYA MOHON MAAF TAU...
Sekian daripada saya, Assalamualaikum ...
Salam nak tnya boleh kalau dari lepasan diploma sain sukan bleh buat transfer kredit x
BalasPadamWaalaikumsalamm, ini tentang transfer kreadit untuk belajar ke luar negara ke under usm ?
PadamAsalam , sy lepasan matrik dgn pointer 3.41 ..
BalasPadamMajoriti lepasan matrik pointer brpe ye dpat tawaran ntuk kos ni ..
Stiap tahun brape org ye di ambil ?
3.0 keatas and mostly tiap tahun 30++
BalasPadamuntuk program sains senaman dan sukan setiap tahun cuma 30 orang sahaja limit untuk masuk program kos ini...
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamMcm mna dgn interview dia eh? Mcm ap yg dia tnya? Pstu msa iv course ni ad ujian fizikal ke?
BalasPadamnak tanya, saya dapat utk iv sains senaman dan sukan di usm ni. tp mcm mana dia iv ya? panel ada tnya sijil sukan apa apa ke? iv call sy kena nanti
BalasPadamklo dri stpm memang ambik sains sukan..memang tak dpt erkk ? 😌
BalasPadamkalau asasi umk diterima tak kalau mohon program kt sini?
BalasPadamkalau iv untuk course sukan dan kesihatan tu ade ujian fizikal ke hanya iv biasa
BalasPadam